Pengenalan

Sekolah Sinar Harapan

Sebuah sekolah khusus untuk kanak-kanak yang berkeperluan khas bagi daerah Seberang Perai Tengah dan kawasan berhampiran. Sekolah ini dikendalikan oleh Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal Seberang Perai Tengah dan dinaungi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Sekolah ini memberikan bimbingan, bantuan dan latihan khusus kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas supaya mereka dapat mencapai tahap sebaik mungkin mengikut keupayaan masing-masing dalam pembelajaran asas, bantuan kendiri dan sosial.

Sekolah ini dibuka untuk kemasukan bagi kanak-kanak berkeperluan khas terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah pembelajaran, sindrom down, palsi serebrum (cerebral palsy), autisma dan lewat perkembangan.


Murid-murid

Pada masa ini, sekolah ini mempunyai seramai 60 orang murid berkeperluan khas yang berdaftar dan dijangka bertambah pada masa akan datang. Murid-murid terdiri daripada pelbagai kaum dan berumur lingkungan 1-21 tahun.

Sekolah ini juga ada menyedia pengangkutan iaitu dua buah van untuk mengambil dan menghantar murid-murid yang tinggal di sekitar 10 km dari sekolah.

No comments:

Post a Comment